Program Business Scale-Up (Biz-Up)
Program bantuan bersepadu yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui khidmat nasihat perniagaan dan sokongan kewangan. Program ini menyokong pelbagai inisiatif pembinaan keupayaan untuk membantu PKS dalam meningkatkan pertumbuhan dan mengembangkan perniagaan di dalam dan luar negara. Ianya menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk Geran Bersamaan daripada SME Corp. Malaysia dan Pinjaman Mudah daripada SME Bank.