Program Netpreneur Wanita
Program Netpreneur Wanita dianjurkan bagi memastikan usahawan wanita sentiasa mengikuti perkembangan mengenai perubahan dalam landskap perniagaan yang muncul berikutan peredaran dunia baharu - megatrend utama yang akan secara kekal mengubah perniagaan di seluruh dunia. Ini termasuk Industri 4.0, pendigitalan dan penumpuan teknologi, yang akan memberi peningkatan dalam analitik data raya, e-dagang dan juga teknologi kewangan (FinTech). Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Gorgeous Geeks Malaysia, dengan rakan strategik seperti Shopee, 11street, Lelong, Facebook, Google Malaysia, Buy Malaysia (MPay) dan Global Data Halal Pool.