National Technology & Innovation Sandbox (NTIS)
Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS) adalah kemudahan yang membolehkan penyelidik, penginovasi, syarikat pemula dan usahawan berteknologi tinggi untuk menguji produk, perkhidmatan, model perniagaan dan mekanisme penyampaian dalam persekitaran secara langsung.
Sebagai pusat penyelarasan dan pemudahcara penyelesaian nasional, NTIS memberi kelonggaran kepada proses terpilih atau keseluruhan dan/atau keperluan kawal selia untuk mempercepat pembangunan penyelesaian inovatif daripada peringkat penyelidikan & pembangunan kepada peringkat yang sedia untuk dikomersialkan.
Manfaat & Sokongan:
- Program pembangunan kapasiti
- Akses pasaran & pemudahcara perolehan
- Permudahcara pembiayaan
- Tapak pengujian dan permudahcara persekitaran ujian / pemeriksaan
- Pemudahcara / kajian semula peraturan dan undang-undang
- Penerimagunaan pelbagai industri