DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (SRF)
Technology Readiness Level (TRL 3-9)
Dana Penyelidikan Strategik [Strategic Research Fund (SRF)] adalah satu program skim pembiayaan khas yang disediakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk membiayai penyelidikan dalam bidang yang dikenal pasti memberi impak tinggi kepada negara dan sejajar dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN).
Dana Penyelidikan Strategik adalah merupakan inisiatif top-down untuk membangunkan penyelidikan dan teknologi ke arah meningkatkan daya saing industri di Malaysia melalui bidang-bidang khusus yang ditawarkan oleh MOSTI atau isu strategik kepada Negara. Projek penyelidikan dan pembangunan teknologi ini dilaksanakan untuk mengatasi isu strategik nasional seterusnya mendorong Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Penyelidikan dan pembangunan teknologi adalah sejajar dengan inisiatif Kerajaan semasa.
- Peruntukan: RM15,000,000
- Tempoh: 36 bulan
https://edana.mosti.gov.my/edana/frontend/web/guidelines/garispanduansrf.pdf
Alamat:
Bahagian Dana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Aras 4, Blok C4, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62662 Putrajaya